Kami di Legacy Real Property Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan profesional yang akan membantu anda mencapai impian untuk menjual atau memiliki hartanah di Perak.
Ejen Hartanah Perak
Legacy Real Property Cawangan Ipoh
TEMUI RUMAH IMPIAN ANDA DI PERAK MELALUI PERKHIDMATAN HARTANAH KAMI!
Suhaini Shariff (REN 54566) dan Hafizah Hasan Poo (REN 68112) adalah Perunding Hartanah Berdaftar, yang berkhidmat di bawah bendera Legacy Real Property Sdn. Bhd. cawangan Ipoh, Perak. Objektif kami berdua adalah mahu memastikan pengalaman anda dalam jual beli hartanah berjalan dengan lancar.
Adakah anda dalam pencarian hartanah di Perak?
Menemui rumah idaman adakalanya menjadi satu kerja yang memeningkan kepala. Tapi jangan risau! Kami berdua, Suhaini dan Hafizah bersedia menjadikan pengalaman anda untuk memiliki hartanah idaman menjadi lebih MUDAH, PANTAS dan SELAMAT.
Bukan itu sahaja, pelanggan-pelanggan kami sebelum ini telah pun menikmati manfaat daripada perkhidmatan kami.
“Saya amat berpuas hati dengan bantuan Suhaini & Hafizah dalam menemui rumah idaman untuk kami sekeluarga. Mereka sangat profesional,” kata Encik Rahmat, salah seorang pelanggan kami.
Kami berdua di sini ingin memberikan sesuatu yang bermakna untuk anda iaitu: Setiap pembelian rumah melalui kami akan disertai dengan perkhidmatan rundingan secara PERCUMA. Ini termasuk khidmat menilai hartanah anda mengikut pasaran semasa dan juga peluang pelaburan dalam hartanah.
Bukan setakat itu sahaja. Kami komited sepenuhnya untuk memberikan lebih daripada sekadar urusan jual beli kepada anda. Kami adalah sumber yang anda boleh percayai untuk panduan berterusan dan nasihat eksklusif tentang hartanah anda. Kami berusaha untuk memastikan anda berpuas hati dan yakin dalam setiap keputusan hartanah anda. Ini adalah jaminan kami kepada anda!
Top Sales Award 2024
Ipoh Branch Top Agent/Performer 2023
Antara Hartanah Yang Telah Terjual
Di bawah ini adalah beberapa rumah dan tanah yang berjaya dijual dalam waktu terdekat ini:
TENTUNYA KAMI ADA STRATEGI TERBAIK UNTUK CEPATKAN PENJUALAN HARTANAH ANDA!
Kami bersama Ejen Hartanah Berdaftar Perak yang lain dengan sepenuh hati memastikan penjualan hartanah anda berjaya dengan cepat dan berkesan. Kami ingin berkongsi strategi kami dengan anda dimana terbukti untuk memastikan hartanah anda laris di pasaran!
- Kajian Pasaran yang Teliti
Kami akan menyediakan analisis pasaran yang mendalam bagi hartanah anda, memberikan nasihat serta perkhidmatan konsultasi yang diperlukan untuk meningkatkan daya saing hartanah anda di pasaran. Ini penting kerana ia memastikan penjual mendapat harga yang sesuai dan pembeli tidak membayar melebihi nilai pasaran. - Pelbagai Medium Pengiklanan
Kami memanfaatkan pelbagai platform pengiklanan termasuk media sosial, laman web seperti Mudah.my, PropertyGuru, dan banyak lagi. Kami juga bersedia untuk melabur dalam iklan berbayar untuk memperluaskan jangkauan iklan, mencapai lebih banyak pembeli berpotensi. - Jaringan Hubungan yang Baik
Kami sangat percaya dalam membina hubungan yang baik dengan semua pihak, termasuk klien kami, pegawai bank, peguam, dan jurunilai. Ini membantu mempercepat proses jual beli hartanah dengan lancar dan tanpa sebarang halangan. - Mempunyai Pangkalan Data Kualiti
Kami sentiasa mengemaskini pangkalan data pembeli kami untuk memastikan pemilik hartanah mendapat pembeli yang sesuai dengan cepat dan efisien. - Kerjasama dalam Pasukan
Kami yakin bahawa kerja dalam pasukan adalah kunci kejayaan. Dengan pasukan lebih dari 20 orang yang berdedikasi, kami dapat memaksimumkan usaha dalam memasarkan hartanah anda.
Insya-Allah, dengan strategi yang tepat, profesionalisme kami, dan komitmen kami kepada setiap tanggungjawab, hartanah anda pasti dapat dijual dengan jayanya. Kami, Ejen Hartanah Berdaftar, akan bekerja keras untuk menjayakan urusan jual beli hartanah anda.
Jadi, Apa Langkah Seterusnya?
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan khidmat ejen hartanah berdaftar yang berpengalaman dan dedikasi. Kami di sini untuk memastikan setiap transaksi anda berjalan lancar, telus, dan dengan hasil yang memuaskan.
Jangan buang masa dengan ejen yang tidak berkelayakan. Hubungi kami hari ini dan mari kita bawa urusan hartanah anda ke tahap yang lebih tinggi!