Ejen Hartanah Eksklusif dan Ejen Hartanah biasa, masih ada yang salah faham untuk melantik seorang Ejen Hartanah secara eksklusif. Saya berikan DUA SITUASI untuk memudahkan pemahaman anda:
Situasi 1: Ejen Hartanah Biasa
Mieza mahu menjual rumah teres miliknya. Dia mengiklannya sendiri dan juga menghubungi Ejen Hartanah secara rawak melalui internet. Dia pun tak tahu tentang adanya khidmat melantik Ejen hartanah secara eksklusif. Perkataan ‘Eksklusif’ itu pun sudah cukup gerun; takut-takut dikenakan sebarang bayaran dan syarat-syarat yang tidak munasabah pula!
Ejen-ejen Hartanah yang dihubungi pula tidak berikan kerjasama sepenuhnya. Sebab Ejen-ejen tersebut sibuk memberikan tumpuan kepada pelanggan eksklusif mereka sahaja. Rumah Mieza cuma dibuat secara sambilan. Kalau ada, ada lah. Tak perlu jadikan keutamaan. Semua ejen yang dihubunginya juga tidak berani melaburkan masa dan wang untuk mempromosikan rumah tersebut.
Mieza mungkin boleh jual rumah tersebut dengan sendiri. Atau mungkin juga melalui Ejen Hartanah. Tetapi ianya akan mengambil masa yang lama dan mungkin bertahun. Kalau Mieza menjual dengan sendirinya, dia perlu tahu segala perundangan berkaitan rumah dan juga proses pinjaman bank yang boleh memakan masa 4 bulan ke setahun. Atau mungkin bertahun-tahun!
Situasi 2: Ejen Hartanah Eksklusif
Liana mahu menjual banglo miliknya di Chepor Indah. Liana meminta nasihat Fizah seorang Ejen Hartanah di Ipoh, Perak. Fizah beri penerangan begini kepada Liana…
Kalau Liana lantik Fizah sebagai Ejen Hartanah Eksklusif, Fizah akan:
- Pergi memeriksa lokasi dan keadaan rumah
- Ambil gambar, video untuk tujuan promosi
- Mengupah penyunting video dan pereka grafik untuk ‘online marketing‘
- Menggunakan platform iklan berbayar dan percuma di internet
- Bekerjasama dengan semua Ejen Hartanah, termasuk dari syarikat hartanah lain
- Bawa semua mereka yang berminat ke rumah Liana
- Berurusan dengan pihak bank, ejen mortgage dan juga Peguam Hartanah
- Penyerahan kunci kepada pemilik baru
Liana tak perlu keluarkan wang sesen pun untuk dapatkan senarai khidmat di atas. Sebabnya segala kos ditanggung oleh Fizah. Fizah yang keluarkan duit poket Fizah sendiri sebagai modal permulaan.
Sebenarnya status ‘eksklusif’ ini lebih kepada memudahkan Fizah melakukan kerja dan membuat keputusan. Dalam apa jua urusan pun, Fizah akan membuat keputusan dengan cepat dan tepat untuk memastikan rumah Liana berjaya dijual.
Dengan dua situasi ini, saya harap dapat menjawab persoalan mengapa perlu menggunakan khidmat seorang Ejen Hartanah secara Eksklusif.
Catatan Penulis: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Individu perlu berunding dengan pakar kewangan atau perunding hartanah sebelum membuat keputusan pembelian hartanah.